Wa anak bapak. confirm!
Aku jadi budak sopan sebab abah.
Aku rajin belajar masa sekolah sebab abah.
Aku rajin siapkan kerja Pendidikan Seni sebab abah.
Aku suka silang kaki gaya bapak2 orang sebab abah.
Aku suka main volleyball sebab abah.
Aku suka main chess sebab abah.
Aku tak pergi sekolah sains johor sebab abah.
Aku masuk matrik sebab abah.
Aku suka aktiviti2 lasak sebab abah.
Aku suka laki perut ala2 teddybear sebab abah.
Aku suka driving sebab abah.
Aku jadi aku sekarang sebab abah.
..
Abah, rindunyaaaaa kat abahhhhh..
.
Kenapa dulu abah tak belikan barbie untuk uda, tapi beli kapal control instead? Tapi nasib baik abah tak beli barbie, kalau tak uda mungkin entah jadi pompuan lemah lembut tapi versi tersangat lemah lembut...
.
Kenapa abah selalu ajak uda cat rumah, dan abah ajak uda je pulak tu! Grrr.. Tapi nasib baik abah ajak uda, kalau tak alamatnya uda kena tolong ibu kat taman orkid beliau tuh.
.
Kenapa abah selalu bawak uda tengok volleyball match tiap kali abah kena jadik referee and training budak2 abah, dan abah tak bawak yang lain? Grrr... Tapi nasib baik abah bawak uda, kalau tak uda mesti kalah teruk tiap kali lawan tangan ngan ajam. Haha.
.
Kenapa abah selalu paksa uda cuci trofi berderet2 abah? Uda tak suka taw.. Tapi nasib baik abah suruh uda cuci, kalau tak uda takde kenangan masuk semua aktiviti kat sekolah rendah semata2 nak beat abah. Haha. abah, anakmu ini sangat jahat dan kejiiii.
.
Uda ingat lagi, first jam abah beli untuk uda, abah pakaikan kat tangan kiri uda. Wuwuwu sebaknya.. Abah kata pakai kat tangan kiri, so nanti nak menulis senang je. Takdelah tangan kanan terganggu.. Tapi sekarang kat tangan kanan uda, uda dah pakai gelang 3 tingkat. Pastu abah kata tu gelang bomoh menyeru hujan ceh ceh ceh.
.
Dan abah, uda ingat lagi atas moto masa abah amek uda balik sekolah. Abah tak kasik uda makan kacang, kan.. Sebab abah kata nanti ada jerawat. Tapi abah, UDA SUKA SEMUA JENIS KACANG. MINTAK MAAF HARAP MAKLUM. HAHAHA.
.
Abah ingat tak abah pernah sakat uda masa kita beli air kelapa sedap? Abah kata air kelapa tu pure. Uda tak tau pure tu apa, uda tanya abah macamana nak eja word pure tu. Abah eja P-I-Y-O-R. abah keji okeh. esoknya kat karangan english uda, uda eja macamtu. -_-
.
Abah ingat tak abah pernah terjatuhkan semua bekas kuih masa abah belok kat selekoh tajam? Masa abah cerita kat ibu, uda sedih tau.. Nangis uda masa tu. Tak dapat uda bayangkan cane abah kutip balik bekas kuih tu. Sian abah.. Tapi esoknya uda gelakkan abah. hahaha. abah,
.
O abah, banyak lagi benda uda nak cite, tapi uda tak rasa uda dapat listkan semua sekali sebab banyak sangat benda2 best abah buat. Uda rindu abah. Tapi uda tak suka abah time abah bebel. SERIUS. Oleh sebab uda tak suka dengar abah bebel, uda tanam azam untuk tidak bebel kepada orang lain cewah ayat! :P
.
Tak sabarnya nak balik raya jumpa abah! Wiwit. Daddy, daddy cool.. Oh oh oh daddy, daddy cool.. Pesanan untuk abah: Sila berbuka tepat pada waktunya. Jangan sampai pengsan macam puasa lepas. Cuak uda okeh. Tapi uda tetap gelakkan abah. weehhuuu..
.
Abah, jangan sumpah uda jadi anak derhaka okeh? Kita mintak maaf eh? 0-0. Duet raya sila up untuk tahun ni. :P
.
Teletubbies. |
2 penjawab bebelan:
huhuhu
mira datang sini ya...
Haha.. jemput2 datang. :)
Post a Comment