Sakit rindu~~

Pagi ni bangun. still sakit tekak. sakit gila. raba2 dahi. ok x bape panas. picit2 kepala. pening. aduh. harini kena study structure. malam ni kena ajar Lew, student aku class Geo Field Camp. Haish. dah lama aku tinggalkan structure. xpela. malam tadi pun dah menuntut ngan ila. harini tinggal sambung lagi sikit. 


Cyla message. ask me if i'm free. nak call katanya. haha. rindu la tu. Walaupun line kat utp ni agak x siuman sikit, aku suruh je cyla call. woah. bukan senang tu orang dari seberang plat tektonik nak call. haha. borak, borak, borak. ala. bukan borak pasal ape pun. pasal science direct. tapi, as expected, memang kejap timbul kejap tenggelam la suara baby girl aku ni. suara cyla dah la halus. so memang lagi senang suara dia hilang2. eh ada kaitan ke dengan kehalusan suara? haha. aku dah la sakit tekak, suara sengau lagi. aduh. cyla, oh cyla. demi kau, aku sanggup buang rasa malu suara sengau tu okeh. hehe.


Dan call tu macam satu tonik untuk aku. Rindu cyla sangat.... Setiap kali ingat cyla, mesti aku automatik teringat alamanda, teringat madey, teringat macam2 la. sayu.. sayu sebab x dapat jumpa cyla lagi.. bila cyla call, memang automatik aku rasa segar sangat. dah la minggu ni aku x berapa nak sihat. selesema teruk gila. demam lagi. mata terus jadi sembab, eye bag aku rasa mesti tebal gila woh. dark circle lagi. pastu xleh bukak mata besar2. woh. macam reflection zombie jek. mungkin aku transform jadi zombie kejap kot. Oh hodoh gilaaaaaaaa.


Capai cekak rambut ribbon. Hehe. sudah jatuh chenta sama cekak ini walopon masa mula2 nak pakai cam geli2. Raba dahi lagi. ermm. petanda x elok ni.. ermm. harini aku ngan cik bit puasa. tapi tadi aku nyaris2 nak teguk air masak sebab tekak aku perit gila. haih. lapar.. macam budak kecik, kan?


L-R: Cyla, alai, aku.
tetiba je kamceng ngan diorang masa final year. Hehe.

L-R: Aku, madey, farah.
Madey ni one of my besties time final year.
xyah cakap banyak la, aku rindu gila kat dia. 


Cyla, alai, and madey ni budak2 sarawak. aku x rapat pun ngan diorang masa 1st n 2nd year, sebab aku x paham bahasa diorang. tiba time 3rd year, selamba je aku join diorang, selit2 ngan diorang. hehe. ye, memang selit betul2. kalau diorang cakap bahasa sarawak, aku iyekan je. x paham. lama2 aku belajar bahasa sarawak sebab aku suspect diorang mesti ade kutuk aku guna bahasa sarawak. haha. :P dan makin lama, makin la aku kamceng ngan diorang. aku penah je dengar budak kelas cakap "3 sarawak dan 1 semenanjung". haha. lantak pi.. tapi sedih la. kamceng ngan diorang masa kitorang tahun last kat UKM. rugi aku x kenal diorang dari awal.....


Oh. bagi aku, kawan adalah kawan. and kekasih adalah kekasih. so, bagi aku, x salah kalau aku cakap aku rindu kawan2 lelaki dan kawan2 perempuan aku, sebab diorang memang kawan aku, dan aku sayang kawan2 aku. so, jangan pulak kata aku chenta kat madey just because aku tulis aku rindu dia. tak, tak. Madey kawan laki aku paling baik. eh, 2nd baik kot. 1st baik tu kashi. haha. oh. wa rindu encik aspa jugak! aaa. mana la aku nak cari kawan2 macam ni lagi.. diorang ni memang betul kawan yang paham kawan, bukan kawan untuk bercinta. geddit? Kekasih? erm. x yah la ade. terus kawen jela nanti. thehehe.


Rindu. 

2 penjawab bebelan:

Alice D. Soley May 11, 2011 at 4:02 PM  

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. *sangat la lambat kan baru tau*
ehem. aku rindu ko gakk. tu yg ak p mesej ko. aha. thank you. =)

lianna lil boogie May 13, 2011 at 12:00 AM  

ha! lambat! haha. RINDU KO JUGAK! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © it's a whole new world of Lianna lil Boogie!

Design by Emporium Digital via Blogspot templates