Dulu saya liana. Sekarang aku liyana. Selamanya saya Yunos Army.



Dulu, saya ni pemalu orangnya. sangat2 pemalu. so, saya selalu kena kacau kat kelas. Saya sopan sangat kalau bercakap dengan kawan2 saya. saya x pakai "aku-ko" mcm sekarang ni, tapi saya pakai "kita-awak". baik sangat, kan? lepas tu, saya kena sakat gila babeng sebab saya sangat sopan. sejak hari tu, saya berikrar saya nak jadi keras sikit. maka, jadilah saya macam sekarang..


Dulu, saya susah nak cerita pasal diri saya kat orang lain. saya jenis yang simpan je rahsia sorang2. orang pernah kata saya ni misteri. ape yang saya buat? saya teruskan jadi misteri. sebab saya misteri macam ni, orang suka datang kat saya and btau saya rahsia macam2. and x pasal2 saya jadi penyimpan rahsia orang. so, banyak sangat rahsia yang saya simpan, sampaikan saya terconfuse dengan rahsia budak2 ni. even dengan adik beradik pun saya x bercerita sangat. saya memang pendiam. Saya couple dengan alan pun, x sorang pun tau. saya simpan sorang2. kawan2 saya dapat detect pun sebab hari tu terkantoi muka saya blushing bila diorg teka saya dah couple dengan alan. Lebih 2 bulan beb.. and bila saya clash dengan alan pun, x sorang tau. eh kejap2. haa. saya ngadu kat kashi and DD. saya x btau kawan2 saya yang lain. saya btau pun lepas dah berbulan2 clash.. saya memang susah nak bukak mulut bab2 pasal diri saya ni..


Dulu, saya x rapat langsung dengan adik beradik saya. langsung x rapat. sebab saya jenis yang suka bawak diri sorang2. saya suka gaduh dengan diorang. lagi2 dengan kak ngah. memang saya suka gaduh. 


Tapi sekarang ni saya dah berubah. berubah banyak. so, saya akan guna kata ganti diri yang lain ye.. sekarang aku dah jadi perempuan normal (aku rasa lah!). aku dah berjaya kurangkan rasa malu tu. aku xde dah menyorok belakang orang lain lagi. aku sekarang pun dah boleh sikit2 cerita pasal diri aku kat orang lain. tapi mostly cerita aku berkisarkan aku dan family aku. HAHA. tanya la kawan aku betapa banyaknya mulut aku sekarang ni. sekarang aku sangat hiperaktif (bak kata Liew, my Geo Field Camp student). Sekarang aku dah sangat2 rapat dengan adik beradik aku. SANGAT RAPAT yang sampaikan aku xleh nak berenggang langsung dari diorang. Sangat rapat yang sampaikan kitorang ade group adik beradik sendiri kat FB. aaaa.. aku dah start rindukan diorang! yeay next week balik rumah! hehe. 


Ha. tu la saya. tu la aku. mesti ramai x sangka aku dulu sangat pendiam. sangat kurus melidi. sangat misteri. sangat susah nak tengok aku senyum, apatah lagi gelak syaitannirrajim macam sekarang ni. so, aku sangat2 bersyukur aku jadi macam ni. sangat bersyukur sebab Allah temukan aku dengan kawan2 aku sekarang. sangat bersyukur jugak sebab akhirnya aku dapat discover betapa beruntungnya aku dilahirkan dalam family aku ni. 


Katak di bawah tempurung. Ah, x mainlah
peribahasa tu sekarang ni.. so,
kucing di dalam blender
*gambar tiada kaitan.

2 penjawab bebelan:

Zairul Ismail April 27, 2011 at 6:26 PM  

kesian kucing tu..sungguh kejam kamooo wahai kakak GA..[blog walking by www.truedslr.com.]

lianna lil boogie April 28, 2011 at 2:06 PM  

Haha. nasib baik x tekan ON. kalo x, dah boleh jadi daging kisar dah. buat burger. haha.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © it's a whole new world of Lianna lil Boogie!

Design by Emporium Digital via Blogspot templates