KOREA!!! Day 1, 9/2/12

Weehuuuuu~! Tak sabo nak update pasal korea wei, tak sabo.. cuma sebelum ni aku busy betul, so aku tahan je diri dari update pasal korea, kang mapuh kerah aku kena panah petir ngan SV aku nanti sebab tak buat kerja. haha. 
.
Ok.. Sebagai pendahuluan (cewah cewah!) yang pergi Korea ni ada 9 orang: Aku, bit, mai, kak dahlila, piah, ila, kakak ila, abg akim, n abg zaki.. Patutnya siti ikut kitorang sekali, tapi dia eksiden, maka dia postpone pergi korea.. Aku dah la tak kenal sape abg zaki ni, so mula2 aku rage jugak ah. hahahhaha. Jujur kan aku ni? Kitorang plan nak gi korea ni lama sangat, dah nak dekat setaun. So dalam setaun tu, gigih la ni kumpul duet. Tiket pegi balik RM 1200 (bundar kekeke). Untuk meneruskan kehidupan kat sana, aku prepare la bawak RM 1200. nasib baik cukup fuhhh! kitorang pergi tak pakai tour guide, konon2 nak jadi backpackers sejati la hikhik.. Jadi, untuk elakkan sebarang kesulitan, kak dahlila dah bagi2 tugas kat sume yang pegi. And tugas aku adalah bahagian peta, subway n cari tempat2 menarik kat Seoul.
.
Jadi, tepat jam 7.45 am aku dah sampai LCCT. Ceh kak dahlila ek, dia kata sume kena datang awal. tak pasal2 aku datang sangat awal (ditekankan sekali lagi, sangat awal) sebab aku tunggu diorang sampai dekat kul 12 gak la.. Time tu baru aku kenal abg zaki. Nerd je muka dia kahkahkah. Borak2 kat McD, nak tunggu flight kul 2pm. Macam2 gak la borak, meja pun penuh makanan. Nervous wei setiap saat nak tunggu ke pukul 2 tu.. Dahlah bawak duit paling sikit. haha. kang tak pasal2 aku mengemis kat sana.
.
Pas check in, masing2 berterabur cari seat. Kitorang punya tempat duduk masing2 tak sama, ila n kakak dia duduk kat depan. dalam bape row pastu, aku, piah, abg zaki n abg akim. Mai, bit n kak dahlila duduk belakaaaaaang sangat. Aku rasa seat aku tu seat hot, sebab couple yang duduk sebelah aku tu (aku rasa nak gi honeymoon gamaknya) asik la berpeluk. Haih. Rasa macam nak join je peluk. :P Dahla aku duduk ngan piah, abg zaki n abg akim. Bukannya aku rapat ngan diorang punnn.. Makanya sepanjang dalam flight tu aku diam je. Aku dapat rasa suara aku boleh ilang sebab lama sangat tak digunakan. haha. nasib baik kadang2 mai datang, kak dahlila pun datang.. dapat gak la suara aku digunakan.. 
.
Eh, penatlah bercakap! Dah la, korang tengok la gambar2 pulak. Ni sume gambar compilation dari kamera bit, mai, piah n abg zaki. 
.
Jadi, terimalah!!! Jjang! :)


Ni view dari tempat cik mai. Tengah tunggu departure. Lama gila wooo.. ni rasanya dalam kul 2 pm kot.. 

Macam gula kapas! nyum2. aku takleh amek gambo, sebab couple yang dok sebelah aku ni kejenya melekap je kat tingkap. Besides, aku takde kamera kahkahkah. tu point utama kenapa aku takleh amek gambo. :P

Masa stewardess nak bagi makanan ni, kitorang (aku, piah, abg zaki n abg akim) kerek je taknak amek dulu. Konon nak makan lambat sket, malam2. Last2, x menyempat malam pun, masing2 dah pandang muka satu sama lain - lapo! Nasi lemak dia ni, erm boleh tahan la sedap... Rendang dia pelik.

Bayangkan, macamana la aku nak bercakap ngan diorang. Aigooo..  Abg akim tak nampak lak dalam gambo ni, cuma nampak dahi dia jek. haha.

Sunset! Cantik sangat sebenarnya tengok dari atas. Subhanallah! Time ni dah pukul 6pm. Masa nak boarding kan, pilot tu cakap la yang kita dah sampai Incheon. Woah, memang terus senyum lebar aku. Nervous wei, nervous! Dah sampai korea!!! Hahaha.. Pastu pilot tu inform suhu kat luar. Bila dia kata -2, mwahahahhaha!!! Sejuknyaaa!!!

Kami sudah sampai!!! Hehehe.. teruja betul nampak SNSD.


Masing2 dah siap pakai winter coat. Memang terasa sejuknya, tapi sebab kitorang kat dalam lagi, so aku rasa macam kelako lak pakai siap2. haha. Orang lain rilek je pakai terdedah sana, terdedah sini.. Haha. Teruja betul ni semua orang... Oh, sekalung penghargaan diucapkan kepada kak dahlila kerana meminjamkan trench coat beliau kat aku, kepada abg zaki kerana meminjamkan mufler beliau, dan tak lupa kepada Muafah Aziz kerana meminjamkan long john. Love uolls. 



Sebelum kitorang naik Korail ni, kitorang kena gi kaunter telepon (tu kot nama dia hahhaha sukati aku jek bagi) sebab nak sewa telepon. Kat sana tak dapat weh line Maxis (kat utp pun susah nak dapat line!). So, pakai la telepon korea. Pastu kitorang kena kejar ngan taxi driver, sebab dia suh naik taxi pegi penginapan. Ah, mahal gila. Masa tengah nak tunggu Korail ni, nampak la ramai gak orang malaysia kat situ.

L-R: Aku, Kakak Ila, Mai, Abg Zaki, Ila, Piah. 

Dalam tren. muka masing2 penat gila. Kecuali bit la rasanya. :P

Ni diorang tengah test henpon masing2. Henpon flip wei, tapi aku rasa tu yang paling cikai kat korea sebab orang sana sume dah pakai yang canggih2 punye henpon.. Mungkin kalau kat malaysia, tepon ni dah tahap nokia 3310 kot.. 

First time jumpa salji! TERUJA TERUJA TERUJA @_@

Jalan nak pergi jimjilbbang (itu kot nama dia dalam korea), or sauna. Ada plak kitorang selamba je melintas tak tunggu lampu hijau. sebab kat malaysia tak buat camtu pun kan. ahhaha. 

Sudah sampai jimjilbbang! Seriously, sume orang fobia kat Siloam ni. Bit sampai takleh lupa lagi bau dia. haha. Kitorang tido kat sini untuk 1 malam je. Kena bayar 13k won (RM39). boleh sauna, tido, massage, and fomentation. Jangan tanya aku fomentation tu apa. Aku tak tau. Fermentation aku tau la.... 

Bestfren Piah. Gapo deh dia rotate lak? 

Bit, pleaseeeee... hahaha. ko sangat ceria weh... 

Muka ceria sebelum masuk siloam. Masuk je Siloam, terus rasa nak pengsan. GAPO SUME ORANG NAKED?!!!!! 
Yes, u read it right baby. Naked. All of them. I mean, the Koreans. Toleh kanan, nampak sorang naked berjalan2. Pastu aku otomatik la paling muka, sebab gilo ko wei tengok orang naked! Toleh kiri, astaga. 2 orang tengah duduk bersila, and naked. HAHAHA. Dahla towel dia bagi kecik. Lagi kecik dari towel good morning. Menangis kau. cane nak mandi tu? Haaa.. haha. Ruang mandi dia sangat open. YAAAAAAAAAA... lagi ramai naked @____@.. hahahhahaha. nasib baik dia asing laki n pompuan. mau pitam aku tak bangun2 kalau tempat dia tu campur2. hahaha. tapi sebenarnya tu dah memang culture diorang, kita pun takleh la nak marah diorang. dah datang tempat orang kan, mesti la kena paham gaya diorang.. Tapi still, inilah pengalaman mengerikan sepanjang 23 tahun hidup. -_____-
.
Hehehe.. Ni lah cerita untuk 1st day kitorang kat korea. nanti aku cerita pasal 2nd day pulak ey? Lagi baaaaaaanyak gambar! :)

5 penjawab bebelan:

MaiZATuL ASniDA March 17, 2012 at 5:21 PM  

okey. siyes banyak bebel. hahahaha. okey. tunggu 2nd stage pulak.~

lianna lil boogie March 18, 2012 at 2:07 PM  

best! a'ah, belajar cara hidup org sana. hehe.

yan March 20, 2012 at 12:08 AM  

omg? seriously korang tido kat jimjillbang? gila laa. korang makan telur rebus tak? hehe

lianna lil boogie March 20, 2012 at 11:49 AM  

serius!! haha.. mula2 plan nak tido airport je. tapi, untuk keselesaan bersama, tido la kat jimjilbang ni.. haha, x makan telur rebus la kak. makan megi time ni. x sempat merasa gaya2 korea duduk sauna ek.. :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © it's a whole new world of Lianna lil Boogie!

Design by Emporium Digital via Blogspot templates