Sarcasm is the new me.

Tak tau lah kenapa dengan aku harini. Baca ape2 je, nak komen. Memang mode mulut longkang betul. Tapi best gak. Dah lama tak melongkangkan mulut sendiri. Haha. Selalu aku meng'iya'kan je apa orang cakap, malas nak betah and cari gaduh punya pasal. Tapi hari ni, no no no. 
.
Post kalini agak cam haram. No, aku takkan cakap sorry sebab post ni jahat. Blog aku, sukati laaa aku nak speak my mind kan. Kan kan? Tengok tu.. sape2 nak cili aku, silakan. Aku tahan pedas (ok aku tipu).
.
I stumbled upon this event, named "Berpuasa". oh ftw *rolling eyes*. Puasa tu wajib lah! Nak je aku respond "No". Sape suruh ko bagi aku 3 options kan... Same goes to "Question: Anda bangga jadi Islam?" Duhh. Kejadah apa tanya orang bangga ke tak jadi Islam? Dah tu kalau orang tu jawab "No", ko hangin satu badan pulak kan. Dah tu, kenapa taruk option "No"? @#^&$%^#.
.
Win! Taken from this "Berpuasa" event.
Salahkan creator event ni la! Sape suh letak banyak2 option tu? Manusia kan ada hak untuk memilih. Sila sepak aku sekarang. 
Aku dah kata, mulut aku harini longkang sikit.
.
Lepas tu, tolong lah.. 
Why so serious? Mamat tu gurau je kot.. Ke ataupun tu bukan gurau, dan aku sebenarnya salah sangka itu adalah joke? Haisss.
Ha, la ni pasal Bersih 2.0. I saw people planking on the road in Obefiend's blog. Go find it yourself. Aku malas nak cari balik post dia. Jalan tu orang dah pijak, bukan sorang dua jek tapi dah beratus2 orang la beb. Yang ko pi tepek muka ko atas jalan tu dah kenapa? Gila bapak banyak bakteria kat pipi ko siot. Konon nak buat rally, heh, do it the right way please. Angkat banner sudah. Ntah ko lepas plank tu terus cuci muka, tak tau la kan. Mungkin ko terus wudhu', so ko dah cuci muka. Ok baik mintak ampun mintak maaf aku dah salah sangka kat korang... 
.
Dan aku rajin pulak harini baca macam2 kat google. Ni ha. Bersih 2.0 = Jihad? Tolong la jangan campur adukkan isu agama dengan politik. "Kebersihan adalah separuh dari iman" tu aku tau la. Ni bersih 2.0 = Jihad? Ha? So what if there are some people die in this rally? Will that person go straight to heaven? Mati syahid kan. Alhamdulillah, bersyukur.. bukan senang nak jihad ni.. Kalau kena gas pemedih mata pun, apedehal kan.. Kalian tengah berjihad, memang banyak dugaan.. Bersabarlah. 
.
As for Bersih 2.0, Why don't you guys perform "bersih" art? Hmm.. Was this rally actually conveyed Bersih 2.0's sacred message? IDK. All of you have been marching on the street sampai kena gas pemedih mata kan? Haiss. You want clean politics? Percayalah. Dunia politik memang kotor, dan kotoran itu susah untuk disental. Kahkahkah. What happen to Anwar Ibrahim lepas kena tendang ngan Dr. M? Dia buruk2kan Malaysia dekat negara2 luar tau tak! Dan korang puja dia menggila? Bersih ke game politik dia? heh. 
.
Dekat sini ada tak masa zaman sekolah rendah dia dapat RMT? Rancangan Makanan Tambahan. Ala.. makan free time rehat. Ada tak yang dapat buku teks free SPBT? Ada tak dapat belajar dalam kelas yang selesa? Ada pernah dapat beg manggis? Ada tak student UiTM? Korang patut bersyukur kerajaan dah tolong banyak. Banyak sangat tahu! Cuba bandingkan dengan negara2 dunia ke 3 yang lain (baca ni!). Ada negara diorang aman permai macam kita? Apa? Korang nak kata Dr. M tu jahat bla3 whatsoever? Hey babe. Kalau Dr. M tak tegas, and tak lancang suara, Malaysia dah kena pijak2 ngan negara kulit putih tahu! Ah aku taknak cakap banyak. Korang baca je biografi dia yang dah dibukukan tu. Ade je kat MPH. Carilah, tajuk dia A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kalau tak pun, ni dia biografi Tun secara kasar. Aish aku dah tersasar jauh dari matlamat aku nak menyindir harinih. haha. :P
.
Kepada sape2 yang baca blog aku, dan dalam hati beliau terdetik nak berkata "wtf pompuan ni. Cakap kosong bla3 tak guna #$%#^@$ macam haram follower ciput ade hati nak kutuk2 orang " and so on, please do so. Ade aku kesah? Ni blog aku, blog aku means sume ni view aku. Lain la aku mintak view korang, then post it as my own opinion. Ha yang tu kalau nk condemn aku, dipersilakan. 

3 penjawab bebelan:

Alice D. Jimi July 12, 2011 at 2:19 PM  

go mok go! mari bersihkan jalan raya~~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © it's a whole new world of Lianna lil Boogie!

Design by Emporium Digital via Blogspot templates