Saya masuk hospital, tapi saya happy! :)

Aku dari kecik asik kuar masuk hospital.. 1st time masuk time darjah 6, sebab aku patah tangan kanan. Masa masuk, semua ingat aku darjah 3.. So agaknya aku ni macam budak kecik, doktor kasik aku pakai kas (eh, macamana eja dia eh?) kaler kuning, gambar teddy bear weh.. Haha. Cute gila, tapi tak best sebab kas tu tak boleh conteng2. haha. Tu la 1st time aku masuk hospital. Pastu boleh dikatakan aku masuk hospital almost setiap tahun. Haha. 
.
"Masuk hospital ni sebenarnya best jugak.. Sebab nanti kita dapat tengok orang tu ikhlas ke tak kawan ngan kita, sanggup ke tak dia datang tengok kita sakit.. Pastu macamana dia layan kita.. best weh.. pastu dapat kawan ngan makcik2 katil sebelah. dapat makan banyak2. Jalan2 sambil tolak besi air tu. Hikhik." 
.
Tapi kan.. aku musykil gila lah. Dari kecik, tak pernah aku kena refer ngan doc laki melayu. Mesti aku akan kena ngan doc laki india. Bukan racist, bukan.... Tapi, pelik laaaa. kalo ko, tak pelik ke? setiap kali masuk hospital, celik2 mata je, doc india tengah check tangan aku. Adakah aku ni ada iras2 india? Huwaaaaa... :P
.
Oh, nak dijadikan cerita, tadi aku pergi hospital. Check lutut aku. Deng, aku takut tu kesan2 eksiden form 5 je.. takut la ligamen jadik pape ke, patela aku retak2 ke.. So aku jumpa la doc.. Tunggu turn, then kuar sorang doc laki melayu. Ok. HANDSOME! eh bukan bukan.. sejuk mata memandang.. haha. tapi aku pandang sekilas jela, sebab aku kompem kena ngan doc india.. alah bisa tegal biasa. kekeke. 
.
Yeah, I lied. of course laaa aku tak lepas peluang tengok doc hensem kan.. haha. Dia pakai kopiah woo.. Cuak je bila mata bzzzt ngn mata doc tu, rasa macam dia scan aku je. haha. oh. tengah nebes nih, dia sebut nama aku. Rupa2nya, aku appoinment ngan doc laki hensem tuuuu!! Bulan jatuh ke riba nok! haha. Terus aku gelabah tak tau nak jawab soalan2 doc tu. awwww.. Dia sebut x-ray, aku rasa tu ayat paling indah kat dunia.. Bila dia sebut ortopedik, aku rasa macam emas je yang keluar dari mulut diaaa. ewww haha. :D
.
Nak senyum je la. hikhik. Senin ni appoinment lagi. tapi kalini kat bahagian ortopedik pulak. Oh. mintak2 doc melayu lagi. Sekali kena ngan doc alan daaaa. haha. :P

1 penjawab bebelan:

MaiZATuL ASniDA November 10, 2011 at 6:12 PM  

amboiiiih. gatei noh. siap kuor emas dr mulut die. wpun die sembur ikan makan tgh hari dr mulut pun kate dapat BERLIAN yo. hahahahaha... :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © it's a whole new world of Lianna lil Boogie!

Design by Emporium Digital via Blogspot templates